Tuesday, January 8, 2019

Resepi Roti Sosej Cheese Yang Mudah Untuk Minum Petang

Assalamualaikum.

Hello =)

Hari ni terajin pulak nak share dengan korang resepi roti sosej yang fiza buat untuk adik hari tu. Resepi ni sesuai sangat untuk minum petang atau breakfast. Sangat senang dan bahan pun mudah je. Tak nak mengarang panjang-panjang, tengok je resepi kat bawah ya :)

Bahan

Roti Gardenia
Sosej (Ayam/daging)
Telur - 2 biji untuk salut roti
Minyak masak
Cheese (chesdale) -  kalau tak suka cheese tak payah letak

Cara Masak

1. Panaskan minyak dan goreng manja-manja sosej dulu. Siap goreng letak tepi dulu.

2. Ambil roti dan lenyekkan bagi padat macam dalam gambar . Fiza gna cawan je untuk golek-golekkan bagi padat roti ni

3. Lepas tu ambil sosej tadi, dan gulung je dalam roti . 

4. Siap gulung, salut dengan telur dan goreng! Oh ya, cheese tu kalau nak letak, letak je atas roti dan gulung sekali.

5. Goreng atas api perlahan dan jangan lama takut hangit tak sedap nanti. lepas tu DONE! dah boleh makan dengan gembiranya. 

Nak jelas lagi korang tengok je step dia dalam gambar kat bawah tu =) sangat mudah dan sedap.


Sekali hidang kejap je habis tau.


Aumm, meleleh cheese . Ok korang, selamat mencuba!


6 comments:

  1. wah..sdap ni..kna blik buat ni..:)

    ReplyDelete
  2. Kegemaran anak Sha jugak ni...cuma tak pernah letak chesee nanti nak cuba macam nilah letak chesee,,,ibu pun boleh terjebak nih

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤