Cuti Hujung Minggu di Museum Of Illusions Kuala Lumpur.

Assalamualaikum .

Hello =)

Korang percaya dengan ilusi? Mata nampak lain sedangkan kenyataanya lain.gituu. Kadang-kadang fiza suka juga uji mata dan minda ni dengan tengok benda-benda berilusi ni, konon nak cabar otak ni biar fokus sikit.haha

Ok, untuk entry kali ni fiza nak kongsikan dengan korang tentang satu tempat best untuk mereka yang sesekali nak mencuba sesuatu yang baru untuk trick mata dan minda dengan ilusi seperti yang fiza sebutkan di atas yang terdapat di Kuala Lumpur iaitu Museum Of Illusions yang terletak di Ansa Hotel, Bukit Bintang.


Melangkah masuk je ke Museum Illusion ni, mata fiza terus melilau ke setiap benda yang terdapat disini, dengan lighting yang terang benderang memang buat fiza makin tak sabar nak mencuba setiap trick yang ada. Noah pun sama naik excited dia berlari ke sana sini, last-last duduk atas kerusi giant ni



ehekk, kecik je awak sayang.

Muzium Illusion di Kuala Lumpur ni sangat sesuai untuk lawatan sosial dan sebagai hiburan di dunia ilusi yang mampu menguji minda korang . Tempat sesuai untuk mencari keseronokan baru bersama keluarga . Antara trick yang ada disini ialah,

1. Head on the Platter




Pernah terfikir nak makan kepala orang dalam pinggan tak? ahahah kat sini korang boleh cuba lah. Permainan ilusi kepala dalam plate ni nampak real je dalam gambar tau. Takut pulak nak makan kepala wida yang tengah tersengeh tu. Tengok tu Noah pun taknak lepas peluang tau .kehkeh

2. Ames Room




Ilusi visual yang menakjubkan dalam Ames Room ni. Dalam bilik yang sama wida boleh membesar jadi raksasa dan kami jadi kecik cenonet .

3. Kaleidoscope


Tips - guna flash untuk snap gambar di sini untuk effect yang terang macam ni. Haa ni cuba spot mana satu yang real? 

4. Anti-gravity Room


Anti-gravity room ni kalau dengan mata kasar nampak seolah lantai ni rata tau, bila dah masuk baru korang akan tahu sebenarnya lantai dia tinggi sebelah untuk hasilkan effect macam ni dalam gambar. Rasa macam kene shake, nak tumbang je bila duk dalam ni. Haha pening!

 5. Rotated Room



Sesekali naik tangga guna tangan macam spiderman tu, hebat bukan? haha . di Rotated Room ni korang snap je gambar macam biasa seolah naik tangga guna tangan lepas tu rotate gambar tu 180 degree untuk tengok hasilnya. cool!

6. The Chair Illusion



Haa giant chair ni la yang Noah terkam dulu masa masuk tadi . haha
Actually ianya bukanlah kerusi tau, bila dalam gambar trick dia buat kita nampak macam kerdil sangat kita duduk atas kerusi besar. Fiza pun dah macam gergasi dah tu.hahaha

Selain trick bergambar ni, banyak lagi ilusi lain yang korang boleh cuba sampai ada yang boleh buat kita rasa macam masuk terowong masa tau! fiza tak sempat nak ambik video atau gambar kat terowong tu, Noah menangis teruk sebab takut. Fiza nak masuk pun dia tak bagi. Permainan pun ada, tapi bukan yang biasa kita main tu. Kat sini yang ada semua permainan mengasah minda.




Korang yang sesekali nak tukar angin bergambar dengan cara yang lain sikit, boleh datang ke Museum Of Illusion ni, penuhkan Intagram dengan gambar-gambar kreatif pulak. Harga tiket boleh tengok kat bawah ya


Untuk info lanjut boleh terus ke laman sesawang museum of illusions , Facebook atau Instagram mereka .


1 comment

  1. mai sini kena jadi kretip nak posing. kalo x gambar tak menjadi lawa kan..
    ada sudut yang kasi pening hehe..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤