Buffer Ramadhan 2019 Restoran Bangi Golf Resort, Murah dan Sedap!

Assalamualaikum .

Hello =)

Ramadhan 2019 bakal menjelma tak sampai sebulan je lagi. Kejap sangat rasa masa berjalan kan, pejam celik pejam celik dah bulan April lepas tu puasa dah. Bila tiba bulan Ramadhan selain beribadat sebaiknya, semestinya waktu untuk berbuka adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua yang beragama Islam. Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan ini juga, pada tahun ini Bangi Golf Resort (BGR)  sekali lagi ingin mengajak orang ramai untuk Iftar Sesama dengan insan-insan tersayang menikmati hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan di Restoran BGR. 

Tarikan utama pada tahun ini buat pengunjung sudah semestinya dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu yang mampu buat kita yang makan ni teringat makanan mak kat kampung tau. Bukan itu sahaja, buat penggemar makanan barat pun turut tersedia hidangan citarasa moden (western food). Sudah jadi satu tempat makan wajib untuk fiza setiap tahun, pada tahun ni pun fiza dah cuba dah hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan di BGR ni pada Sabtu lepas dan seperti biasa , rasa makanan memang tidak mengecewakan! Semuanya sedap-sedap.

Berkonsepkan 'Kebun Dalam Bandar' menjadikan ianya satu tarikan untuk orang ramai yang membanggakan buat Restoran BGR dengan menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri oleh mereka terutamanya yang digunakan untuk masakan makanan Melayu Tradisional. Nasi kerabu yang kita makan tu, ulam-ulam organik dipetik sendiri oleh chef-chef BGR tau, patutnya fresh je ulaman dia.

Menu Tarikan Menambat Selera Pengunjung



Kambing bakar! bila masuk je ke restoran BGR ni, aroma kambing bakar comfirm menusuk-nusuk ke hidung. Memang menyelerakan ditambah pulak dengan Sup Kambing Mamak fuhhh. Sambil menulis sambil telan ailio dah fiza ni haha. Satey Ayam dan Daging, Koey Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak depan mata kita buat menambah aroma dan buat perut makan tak sabar nak jamah setiap makanan tu. Selain tu, Nasi Ayam  juga merupakan salah satu makanan 'laris' di BGR ni. Korang kalau datang nanti mesti kena try nasi ayam BGR ni tau. 

Sup Kambing Mamak


Satey Ayam dan Daging

Korang tengok lah sendiri gambar-gambar antara makanan yang ada untuk Iftar Sesama di BGR Ramadhan nanti, comfirm telan ailio .kehkeh


Kambing Bakar dengan sos blackpepper

 Sous Vide Eggs

 Spaghetti Bolognese Ayam

Spaghetti Carbonara

Kari Ikan Tenggiri

 Daging Kambing Masak Hitam Mamak

Ayam Varuval

Nasi Kerabu

Ipoh Hor Fun


Tidak ketinggalan juga pelbagai pencuci mulut dan manisan yang boleh buat korang rasa nak terkam semua. Antaranya ada Churros Sepanyol dengan sos coklat, Tiramisu Itali, Pulut Kuning Rendang Daging, Talam Koko dan banyak lagi lah.




Harga Murah dan Berbaloi!


Sama seperti tahun sebelum-sebelum ni, pada tahun ini juga harga untuk Buffet Ramadhan di BGR bermula dengan harga serendah RM59.00 untuk dewasa dan RM29.00 untuk kanak-kanak . Harga yang berbaloi sangat dengan pilihan lebih 200 jenis hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur tu tau! Tahun ni korang boleh la book awal untuk berbuka bersama keluarga, kawan atau mungkin bos nak belanja anak buah ke hee . 

Kemudahan Yang disediakan


1. Surau yang disediakan kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah untuk keselesaan semasa solat .

2. Tandas yang sebelum ini cuma ada 5 kubikel ditambah kepada 16 kubikel bagi mengelakkan berbaris panjang dan yang penting toiletnya sangat selesa dan bersih!

3. Lebih 800 lot parkir percuma disediakan untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan 

Beramal dan Berkongsi Rezeki


Apa yang menariknya lagi bila korang memilih untuk berbuka disini ialah selain disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazat, BGR juga akan menyumbangkan sebanyak 1% daripada jumlah keuntungannya sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Selain itu, Restoran BGR juga akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran =)  

Bukan itu sahaja, sesuatu yang baru bakal dilakukan oleh BGR kerana sepanjang Ramadhan ini juga Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan menwujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama kepada orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan atau pakaian kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

So apa tunggu lagi, korang boleh klik link dibawah untuk buat tempahan sekarang!





Info Lanjut

Harga : 
Dewasa : RM59 nett , Kanak-kanak RM29 nett

Tempahan dalam talian :

Alamat :
No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
(koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E)

Tempahan dan Pertanyaan :
1700 81 8557

Email :
sales@bgrrest.com

Facebook :

Instagram :

1 comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤