Tuesday, May 14, 2019

e-Genki Terapi Terbaik Untuk Hilangkan Kelesuan Dan Kesakitan Badan

May 14, 2019 2
Assalamualaikum .

Hello =)

Sejak dua menjak ni badan fiza rasa lemau je, belakang dan bahu ni rasa lenguh sungguh. Tak tahu la kenapa. Yang lenguh-lenguh tak selesa kat bahu dah lama dah, sapu minyak angin pun kejap je OK lepas tu datang balik rasa lenguh tu. Tak selesa sangat =(

Nak kata sebab angkat benda-benda berat, rasa macam takde pun. Dengan minyak angin yang panas tu pun tak jalan, fiza kena buat treatment jugak ni, biar lama-lama makin sakit jadinya. Kalau bab tak selesa badan ni rawatan paling fiza suka mengurut je lah. Bagi buang semua angin, betulkan balik urat-urat ni. Kebiasaanya fiza mengurut dengan tukang urut kat area rumah ni je, tapi kali ni nak rasa kelainan sikit so fiza pilih untuk mengurut kat satu tempat ni sekaligus rawatan yang diberikan boleh release stress sekali. Maklum lah, seminggu dua ni memang kepala ni sarat dengan macam-macam hal tak terjangka -.- Tempat yang fiza maksudkan tu ialah  e-Genki di Healthland Wellness Centre Sri Petaling. e-Genki ni kira strategi partner dengan Healthland .

Friday, May 10, 2019

Tips Elakkan Rasa Pedih Perut Ketika Berpuasa

May 10, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Salam Ramadhan ke-5 korang! macam mana puasa tahun ni? ok ke? Harap semua OK la kan. Pengalaman puasa fiza sama je macam tahun lepas berpuasa dan menyusukan anak. Cuma tahun ni fiza ada azam kalau boleh nak elakkan daripada terlalu obsess sangat dengan makanan ketika sahur dan berbuka sebab sebelum ni risau takut susu badan kurang dan takut kena gastrik. Fiza bab gastrik ni yang tak boleh bawak bincang ni, sekali kena memang ke Hospital terus. Sebab tu tahun ni fiza amalkan beberapa petua dan buat persedian sebaiknya untuk nak kawal dari makan melampau dan sekaligus dapat kurangkan pedih perut sampai jadi gastrik.

Persediaan awal yang fiza buat sehari sebelum puasa ialah dengan standby siap-siap Lazz Susu Kambing. Untuk fiza, ini ialah minuman WAJIB setiap kali nak berpuasa! Sekarang nak beli Lazz ni senang je, macam fiza hari tu beli melalui agent je. Deal siap-siap waktu penghantaran dan terus agent hantar ke rumah tanpa sebarang caj penghantaran pun.