Wednesday, August 14, 2019

Program Pemeriksaan Gigi Taska Noah

Assalamualaikum.

Hello =)

Baru-baru ni fiza ada join program pemeriksaan kesihatan gigi anjuran KKM di taska Noah. Program bermula jam 9.00 pagi sampai 12.00 tengahari yang mana ceramah diberikan oleh dentist sendiri. Banyak sangat info berguna yang fiza dapat berkenaan penjagaan gigi dan bagaimana cara nak cuci gigi anak dengan bersih sebersihnya.


Noah dah setahun lebih, dalam umur ni anak-anak memang payah nak bagi kita cuci gigi dorang, nak berkumur pun tak reti lagi. Kita nak bagi arahan pun dorang tak faham lagi, So sebagai ibu kena pandai macam mana nak buat untuk nak pastikan gigi anak sentiasa bersih dan terjaga untuk nak elakkan berlakunya masalah gigi rosak. Gigi bongsu ni sangat penting ya! jangan ingat walaupun cuma gigi bongsu dan akan ada gigi kekal tumbuh nanti, penjagaan untuk gigi bongsu di ambil sambil lewa.

Kalau ikutkan, ni kali ke-3 Noah jumpa dentist. Kali pertama OK, rileks je dia. Kali kedua dah meronta taknak buka mulut sampai mama kena peluk . Kali ketiga yang program ni, dia taknak baring atas kerusi so nurse yang check sambil baring, mula tu OK je, bila nurse dah mula nak cuci.. haa meronta menangis teruk .hihihi. Bersilat fiza pegang tangan kaki anak :p


Ada satu tips dentist kongsikan masa ceramah, untuk cuci gigi anak, tak semestinya dalam bilik air time nak mandi je. Tengok keselesaan anak kita, kalau nampak anak tengah kusyuk tengok TV, haa baringkan dia letak kepala atas riba macam yang nurse buat dalam gambar kat atas ni, dan cucilah. Sejak dapat tips ni, fiza jarang dah cuci gigi Noah dalam bilik air sebab memang kebiasaannya dia taknak, bila buat depan TV sambil dia layan cartoon, haa senang pulak bukak mulut :) *ada masa meronta jugak, so kena la buat teknik 'lock' badan dia guna kaki mama :p

Untuk ubat gigi, tak perlu letak banyak pada berus gigi anak sebab anak-anak masih tak pandai meludah lagi so biasanya memang akan tertelan. Bila kerap tertelan takut terlebih florida pulak which is tak bagus untuk gigi dan dibimbangi boleh terjadinya fluorosis enamel iaitu kerosakan atau kecacatan ada lapisan luar gigi. Dentist sarankan letak secalit je dan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun ni, tak guna ubat gigi pun takpe =) Gosok gigi pulak cukup 2 kali sehari. Waktu paling WAJIB untuk gosok gigi ialah sebelum tidur .

Banyak jugak la tips dan ilmu baru yang fiza dapat masa ceramah hari tu. Penjagaan gigi anak-anak ni ada ibu bapa yang ambil remeh je tapi bila dah rosak, boleh hilang confident diri anak tau :( Fiza pun sebenar risau jugak bila Noah dah mula suka makan makanan manis-manis, takut gigi rosak sebab tu dia menangis macam mana pun bila sampai time untuk gosok gigi, memang kena gosok.


Korang kalau nak lebih info pasal penjagaan gigi anak-anak boleh baca di website KKM, kat situ ada banyak jugak tips berguna yang boleh dipraktikkan.

2 comments:

  1. ri tu baru sembang pasal gigi anak buah dengan adik...kecik2 da berlubang..hahahaha..katanya sampai doktor suruh pakai ubat gigi orang dewasa sebab gigi dia da berlubang camtu

    ReplyDelete
  2. Tq share info, mmg slalu bersilat dulu beruskan gigi anak , now dorg dah besar, berus sendiri .. Tp ni baby sorang ni dah setahun umur, so lepas ni tau dah tips nak bersihkan gigi time bila yang sesuai.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤