Friday, August 23, 2019

Tempat Menarik Untuk Kanak-kanak Di Dreamworld Playland IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum .

Hello =)

Cerita weekend 2 minggu lepas, hari ni baru nak kongsikan di sini. Setiap kali tiba hari minggu, fiza dan husband sebolehnya akan pastikan salah satu hari tu, samada Sabtu atau Ahad hari untuk Noah enjoy atau 'me time' la untuk dia. Waktu weekdays dua-dua busy, anak diasuh kat Taska 9 jam sehari jadi bila weekend, bonding time dengan papa mama la pulak =) Kebiasaanya fiza dan husband suka bawa Noah ke taman, dalam umur ni Noah suka berjalan berlari bebas so taman ialah tempat sesuai untuk aktiviti bebas dia . 

Tapi selalu ke taman bosan jugak kan so hari tu fiza dengan husband dah blur, mana nak pergi. Pastu dapat idea nak google cari tempat terdekat dengan rumah kami untuk kanak-kanak dan terjumpa la tempat ni,



Tempat ni dah lama bukak tapi selama ni fiza duk pergi ke IOI City Mall Putrajaya ni tak pernah nampak, aduii la . Untuk masuk ke playland macam ni, apa yang penting korang kena tengok dulu tempat tu terjaga ke tak dari segi alatan/mainan untuk kanak-kanak dan KEBERSIHAN dalam tu. Kalau 2 hal penting ni terjamin, so boleh la lepas anak main tanpa was-was dalam tu. Tiket masuk ke Dreamworld ni RM25 per-entry dan free entry untuk seorang penjaga. Kalau nak tambah penjaga sorang lagi kena caj RM5. 

Masuk dan main la sampai berpeluh , bukan anak je berpeluh ya, kita pun berpeluh sekali! korang tengok la suasana dalam dreamworld ni macam mana, fuhhh macam main Amazing Race je..laluan berhalangan sampai la jumpa jalan keluar .  


Noah nampak je terus berlari panjat lepas tu siap berenang-renang dalam bola ni






Rehat jap tengok suasana kat bawah =p




Fiza follow sekali Noah masuk dalam ni, jalan dengan lutut sebab ketinggian tu untuk kanak-kanak je, tapi kita penjaga boleh masuk sekali. Memang enjoyyy sangat tengok Noah menyusup dalam ni.

Laluan berhalangan ni kat bahagian atas, kat bawah ada jugak tempat untuk main giant lego, ada macam pit stop untuk main puzzle, tengok gambar kat bawah




Waktu kami masuk ni memang tak ramai orang, dalam pukul 6 lebih gitu. Tempat ni dia tak crowded sangat tau dengan mainan tapi yang buat best sebab kat sini kanak-kanak boleh bermain sambil meneroka, melihat dan berfikir which is bagus untuk perkembangan kemahiran motor dorang. Bermain sambil belajar .haaa gitu. Fiza tengok Noah masa kami dalam laluan atas tu pun nampak macam mana dia beranikan diri meniti kat jambatan, lepas tu bila jumpa simpang, dia berhenti kejap, maybe fikir laluan mana yang senang nak lalu atau yang best kot. Jalan-jalan jumpa puzzle dia berhenti main kejap, lepas tu sambung cari jalan keluar, sampai la last-last jumpa slider untuk gelongsor turun.



haa tengok keseronokan Noah dan keterujaan mama tu

Tips untuk parents 


1. nak masuk sini better pakaikan anak pakaian yang sesuai untuk beriadah contoh seluar track, lebih selesa . Noah pakai seluar jeans sebab unplan nak masuk tempat ni.

2. Bawa stokin sendiri siap-siap untuk anak dan penjaga. Nak masuk dan main kena pakai stokin, kalau takde stokin kena beli kat kaunter situ tapi harga mahal sikit la. Kalau nak murah korang beli kat kedai dekat dreamworld ni, situ stokin boleh dapat dengan harga dalam RM2 je.


Alamat : Dreamworld Playland, L2-16, IOI City Mall Putrajaya
Harga Tiket : RM25 (kanak-kanak)




1 comment:

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤