Tuesday, October 22, 2019

Beli Tiket Murah Ke Aquaria KLCC !

Assalamualaikum.

Hello =)

Plan nak bawa Noah ke Aquaria KLCC ni actually dan lama, ada la dua bulan lepas lagi duk plan dengan husband tapi selalu asyik tak jadi je. So Sabtu lepas husband tak kerja dan fiza pun free, terus decide nak ke Aquaria. Dalam umur Noah sekarang, dia dah mula ada minat dan bagi respone pada benda-benda sekeliling dia. So memang seronok la kalau bawa ke tempat-tempat attraction macam tu.



Tiket masuk ke Aquaria ni memang agak mahal la dalam RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berusia 3-12 tahun., tapi berbaloi dengan keseronokan yang bakal anak-anak dapat nanti :) cuma, untuk korang yang nak berjimat dan dapat tiket lagi murah dari walk-in dan beli di kaunter boleh tiru cara fiza dengan beli tiket melalui shopee. Oh ya, ini bukan iklan berbayar ya, dan seller shopee yang fiza beli tiket ni pun tak tahu fiza promote dia kat sini. Haha . Korang boleh beli dengan seller dalam gambar kat bawah ,


Harga tiket untuk adult cuma RM35 dan free untuk Noah sebab dia tak sampai 3 tahun lagi. Mudah sangat berurusan dengan travelog ni dan tiket tu fiza beli pagi Sabtu, hari yang fiza nak pergi. Lepas buat pembayaran, mesej seller bagi nama dan alamat emel untuk dia emelkan tiket. Tak sampai 10 minit korang akan dapat tiket korang :) Apa yang bestnya, bila dah sampai ke Aquaria, korang tak perlu nak beratur ke apa, nanti akan ada lane untuk mereka yang beli tiket online, masuk je lane tu dan scan tiket di pintu masuk. cepat dan pantas . Perlu diingat ya, dalam shopee ada banyak juga seller yang jual tiket ni, korang hati-hati kalau tak nak beli dengan seller yang fiza syorkan ni, takut scammer kang naya je kena tipu. Oh satu lagi, tiket yang kita beli dengan travelog ni valid sehingga disember 2019, jadi maksudnya kalau dah terbeli dan tiba-tiba hari nak pergi tu tak jadi pergi, boleh simpan plan hari lain sehingga la expired date dia.

Ok habis bab tiket.


Fiza pernah masuk Aquari ni dulu kalau tak silap tahun 2011 ke 2012 macam tu la. Waktu tu bawa adik bongsu fiza jalan-jalan dalam tu, time tu ada juga terfikir, kalau ada anak nanti nak bawa anak pulak masuk sini dan alhamdulillah Allah SWT makbulkan. Usia Noah sekarang 1 tahun 11 bulan dan fiza terkejut jugak la dia tak takut tengok ikan pelik-pelik dalam Aquaria tu, dengan keadaan yang gelap zas zas ikan lalu lalang kat kepala tu fiza pun ngeri tengok, tapi excited la tunjuk kat Noah. Papa dia haa lagi laa excited.








Satu tips fiza nak bagi, korang kalau tak suka nak bersesak, jangan la datang time weekend! Fiza hari tu adoiii la, penuhhh orang tau. Group budak tadika dan dua tiga group, group budak sekolah lagi, dengan pelancong pun ramai .Hahahah masa masuk tu fiza rasa macam kami ni satu group dengan pelancong pulak, serius penuh orang. Sampai masa nak masuk terowong pun rasa tak selesa dan tak best sebab tak boleh nak ambik gambar yang elok. btw, terowong kami masuk dua kali sebab Noah tak puas tengok shark, shark lalu atas kepala je dia jerit 'cak cak cak' hahaha lepas tu ikut mama menyanyi, baby shark do do do do .kehkeh .




Serius puas dan enjoy la kami hari tu walaupun bersesak dengan orang. Wishlist nak bawa Noah ke Aquaria dah tertunai :) Next time nak datang tunggu Noah besar pulak dan kena plan waktu datang tu waktu dorang tengah bagi ikan makan dalam aquarium, lagi best!


So mommies sekalian, nak cuti sekolah bulan november ni boleh la bawa anak-anak datang sini dan berjimat beli tiket dengan cara fiza bagitau kat atas. Anak-anak comfirm happy! enjoy sambil belajar kenal spesis ikan di Aquaria =)


Thanks For Reading!

1 comment:

  1. Alolololo noah g aquaria doh ke? Acik Lya sapa lening dok masuk lagi sining. Anak2 je masuk doh umi dio dok masuk lagi. Ohh murah gak tiket dia jual rm35 tu kapija. Ok la kan drp beli kat kaunter mahal rm49 dewasa rm39 kanak2. Blh jimat ni kalau nak.pegi kena cari seller ni jugak laa nnt.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤