Monday, November 18, 2019

Benda Asing Dalam Hidung Noah

Assalamualaikum.

Kisah untuk mama ingat.
13/11/2019 (Rabu)

Balik keje macam biasa fiza ambik noah kat Taska. Masuk je kereta, noah ambik tangan mama, tunjuk kat hidung dia. Mama check tengok ada la sikit tahi hidung, mama buang. Tapi still, noah ambik tangan mama tunjuk kat hidung dia. Kali ni mama dongakkan sikit kepala intai dalam hidung, terkejut sangat bila nampak ada sesuatu dalam rongga dalam hidung noah, tutup habis. Waktu ni fiza takde risau sangat sebab nampak benda tu dan memang boleh je tarik keluar guna penyepit ke apa. Tapi fiza tak berani buat sendiri, takut tercucuk dalam hidung. 

Terus bawa noah ke klinik. Kat klinik doc suruh bawa ke bilik prosedur, kat situ MA yang akan tarik buang benda tu. Tapi.. Hmm MA tertolak masuk sampai dalam lagi waktu dia masukkan alat untuk keluarkan :'(

Jumpa doc balik dan doc macam frust jugak dengan kerja MA tu. Kata doc, kalau buat betul tadi comfirm boleh keluarkan. But now,.. Dah jadi complicated sebab benda tu dah masuk ke dalam dan tak nampak dengan mata kasar. Doc buat surat untuk refer ke emergency sebab waktu dah pukul 7 lebih dan kes dah jadi kes emergency . Kata doc, kita tak tahu benda tu ada kat mana.. Dan takut bahaya kalau pergi ke tempat tak sepatutnya. Waktu dengar doc cakap macam tu.. Rasa risau dah menggunung. Allah je tau :( dalam hati tak henti  zikir doa nabi nuh, mintak Allah SWT permudahkan urusan di hospital.

Sampai di kaunter emergency, hulur surat refer dan dalam sejam lepas tu nama noah dipanggil. Doktor dulu check dan suluh dengan lampu, doktor kata nampak benda tu tapi kat dalam belah tepi. Doktor suruh tunggu dan nanti masuk bilik untuk tarik buang benda tu. Tak lama lepas tu, masuk bilik rawatan dan dalam tu ada petugas yang dah sedia nak check noah. Baringkan noah dan bedung dia. Petugas masukkan alat segitiga tirus dalam hidung noah dan waktu ni noah menangis sampai hilang suara. Meronta sampai mama pun tak mampu nak tahan airmata. 3 kali hidung noah di check macam tu sebab nak cari mana pegi benda tu. tapi, petugas kata tak nampak apa-apa  :( last, petugas dapat arahan daripada  doc untuk refer pulak noah kepada doc bahagian hidung. Kata mereka, dua cara.. Samada doc akan masukkan satu alat yang boleh tengok dalam saluran hidung atau x-ray.

Pukul 10 lebih, doc oncall sampai. Doc kata nak kena check guna satu alat untuk masukkan dalam hidung, microscope kalau tak silap nama dia. Kalau x-ray pun takkan nampak sebab benda tu bukan jenis metal. Ni la dia kemuncak noah nangis meraung teruk. Sampai mama nangis, cikda nangis kesian tgk noah . Papa dan ayahchik pegang Noah sebab mama tak sanggup nak pegang dan tengok Noah meraung sakit. Mula tu doktor gunakan yang jenis besi halus macam straw tu, masukkan ke hidung dan kita boleh nampak result dia dalam skrin. 2 kali masukkan sampai berdarah hidung noah =( bila doktor stop kejap, terus fiza ambik dukung dan tenangkan Noah. Allahu.. maafkan mama sayang, mama tengok pun tahu mesti sakit. Doktor cakap melalui alat tadi, tak nampak apa-apa benda asing dalam saluran hidung dan proses seterusnya kena masukkan alat yang boleh masuk sampai ke saluran pernafasan Noah.. tapi alat ni jenis lembut macam getah halus . Mama dan papa terpaksa ikut apa yang doktor cakap sebab kena comfirmkan yang benda tu tak ada kat saluran pernafasan. Bahaya kalau tersekat kat situ.


Lagi sekali Noah meraung, tarik mama dan nak mama dukung. Noah dah trauma :( 
Doktor sembur ubat untuk kurangkan rasa sakit melalui hidung dan masukkan alat tu. Fiza menangis dah time tu dan tak tengok pun masa doktor masukkan dalam hidung noah, tak sanggup. Dalam hati semahunya fiza doa Ya Allah hilangkan sakit anak aku, biar tak rasa apa dan lepas tu, Noah berhenti nangis. Tak nangis langsung sampai la siap prosedur tu. Alhamdulillah Ya Allah. Dan result dia doktor kata still tak jumpa benda asing tu :( Allahu.. doktor minta tunggu untuk dia refer pakar samada perlu warded atau tak. 

15 minit tunggu, doktor maklumkan tak perlu warded dan tak perlu risau dah sebab doktor pakar kata, kalau di saluran pernafasan clear , means benda tu mungkin dan masuk ke perut dan nanti akan keluar melalui najis. Tapi still perlu pantau anak dalam 1-2 hari, kalau nampak kebiruan atau susah nak bernafas, kena cepat-cepat ke emergency balik. Fiza dan husband lega teramat bila doktor cakap macam tu. Tapi kat kepala ni masih terbayang macam mana Noah meraung sakit tadi :( 

Benda nampak kecik tapi sebab silap sikit jadi complicated :( Esoknya fiza ambil cuti untuk nak habiskan masa dengan noah dan pantau dia. Alhamdulillah Noah OK dan aktif.


Kejadian ni pengalaman paling teruk fiza dan husband setakat ni sejak ada Noah, tengok Noah meraung sakit macam tu :'(
Semoga Allah SWT lindungi anak mama selalu daripada segala perkara tidak baik. Amin.

5 comments:

  1. Aduhh sian Noqh, harap benda biasa je and Noah okay2 je. Rayyan masa kecik pun prnah dia sumbat mcm sisa kain kecik dalam hidung, tapi qaseh cuba tarik dengan putik kapas, nasib baik dapat.

    ReplyDelete
  2. baca citer udah gigil belum hadapi lagi
    alhamdullillah - udah ok

    ReplyDelete
  3. Allahu..moga noah sihat sokmo..

    ReplyDelete
  4. sambil baca kak sue berair mata ngiluuuuuu huwaaaaa noahhhhhhh jgn jadi lagi tauuuuuu cik sue ngeriiii...moga baik2 saja lepas ni k.

    ReplyDelete
  5. ya Allah, kalau anak kecil2 benda macam ini yang paling di risaukan..pernah ada pengalaman macam ini. masuk emergency juga siap xray..sbb rasa macam anak tertelan penutup botol air..Masyallah dia punya gelabah pergi hospital berkain batik je..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤