Tuesday, November 26, 2019

Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur

Assalamualaikum.

Hello =)

Sebut je McDonald's , semua peringkat usia tahu dan comfirm suka.

sedikit fakta tentang Mcdonald's yang patut korang tahu. 

Mcdonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.

OK, itu yang mungkin semua orang tahu dan apa yang ingin fiza kongsikan dengan pembaca dalam entry kali ini yang mungkin ada dikalangan korang yang tidak tahu ialah tentang program komuniti yang sering dilakukan oleh Mcdonald's yang bertujuan untuk meringankan beban golongan mereka yang memerlukan. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat. Program ini sering diadakan di beberapa kawasan di negeri-negeri terpilih dan yang terbaru ialah di belah Pantai Timur iaitu Kuala Terengganu. Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program ini turut dihadiri YB Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu ini termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah. Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, Mcdonald's amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, Mcdonald's berperanan dalam mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi Mcdonald's beroperasi.

Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


Bagi tahun 2019, McDonald’s Malaysia telah memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini juga turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. Bayaran zakat ini juga sebenarnya telah mula dibayar sejak tahun 2017 lagi setelah ianya diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.

(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.



Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”



Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. 




Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan
miskin bandar di seluruh negara menerima pek Kembali ke Sekolah menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini. Pek Kembali ke Sekolah yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

RMHC (Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald's)


RMHC Malaysia ni telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Giftof Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC ni, korang boleh layari https://rmhc-malaysia.my/


1 comment:

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤