Wednesday, March 25, 2020

Aktiviti Mudah Untuk Anak di Rumah

Assalamualaikum.

Hello =)

Hari ke-8 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dan tadi Perdana Menteri kita dah buat perutusan yang PKP ini akan disambung sehingga 14 April 2020 . Sekarang ni pun dah tepu rasa kita kat rumah, tambah lagi hari tak tahu lah jadi apa, boleh kacau jiwa, hehe . Fiza selalu fikir macam mana lah keluarga yang kurang berkemampuan, bagi yang bergaji penuh dan bulanan mungkin takde masalah, tapi bagi mereka yang bergaji hari dan cuma harapkan duit harian yang dapat tu untuk berbelanja, memang sangat-sangat 'terasa' :(  Tapi demi keselamatan kita semua dan negara, kita terpaksa akur . Kerajaan pun ada sebab yang besar untuk buat arahan begini . Tadi masa perutusan PM, sayu sangat dengar suara PM baca doa :( rasa macam ayah kita yang berdoa .. sumpah nak mengalir airmata ni tengok raub wajah dan suara PM :( 

YA ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN MAHA PENYANYANG, 
KAU MAKBULKANLAH DOA-DOA KAMI..

Ok, berbalik kepada cerita yang fiza nak share hari ke-8 PKP ni, oh btw fiza Work From Home, bukan bercuti ya. Tadi, puas fikir apa la aktiviti yang fiza nak buat untuk Noah dan anak buah kat rumah ni, tengok dorang pun dah bosan sangat dah. Sepanjang PKP ni Noah dan anak buah memang tak pernah keluar ke mana-mana, duduk rumah, main mainan-tengok TV-melukis-main basikal dalam rumah. Tapi bila lama-lama , nampak la dorang dah bosan ,haha. So bila tahap bosan tu dah nampak macam maksimum dah, tiba-tiba datang idea nak bagi sel-sel otak budak-budak ni berhubung, so teringat hari tu ada beli getah berwarna kat Mr.Diy, terus ambik dan ajak dorang main susun ikut warna . Sama macam Noah buat kat taska dengan kawan-kawan


Lain la sikit mainan daripada biasa dorang duk main tu . Noah pun nampak excited je ! Tempat letak getah tu fiza guna rak pinggan .kehkeh, nasib baik baru lagi rupa dia.

So, settle aktiviti untuk petang hari ni, esok mama keje, so nanti balik keje, mama fikir buat aktiviti lain pulak ya sayang :)



No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤