Thursday, March 26, 2020

Mak Tiri Buat Spotcheck Berjemaah!

Assalamualaikum .

Hello =)

Cerita PKP hari ke-9.

Jam 8.00 pagi siap thumb print untuk giliran bertugas hari ni, ON komputer lepas tu tiba-tiba telefon berbunyi. Terfikir jugak siapa call pagi-pagi ni, ambik fon tengok rupa-rupanyaaaa..

Mak tiri buat spotcheck oikk. HAHAHAHA. Jawab je video call, nampak muka kaksue tersengih-sengih kat skrin fon dengan anggota 3 orang, tambah si kecik Rayyan sorang lagi mencelah tu. haha


Siapa MAK TIRI? haa kak Sueizza tuu. Since kenal sejak 2011 lagi memang kami - sahabat #myheart gelar kaksue mak tiri sebab dia je kawan yang boleh bebel kami sampai last-last kami surrender . hahaha! Korang boleh bayang tak pukul 8 pagi dia call berjemaah macam ni? Fiza duk tergelak tengok qaseh je, Lepas subuh dia tertido balik, mamai teruk dia dengan muka selebekk dia. Sumpah tergelak je tengok perangai masing-masing. Yanty tu tak tahu la baru bangun ke atau dah lama bangun, aktif semacam je tadi . 

Yang tak tahan tu, bukan borak apa pun, gelak je banyak. Lepas tu kaksue bagi tips kat qaseh hilangkan bosan suruh menanam. Adududu, hahha fiza takleh tahan la, orang tengah mamai boleh kaksue bantai bagi tips tanam pokok hahaha. Sabar jelah kaksue ni. 

Borak tak sampai setengah jam pun, bos fiza panggil ajak breakfast kt bilik meeting. Tak sempat nak gosip pun :p Hari ni nasib baik muka segar sebab dah mandi dan kerja, jangan esok buat hal lagi sudah kehkeh.

1 comment:

  1. Saya dah bangun la tak mandi aja.. Lepak mesej dengan group opis etc.. Hahahahaha

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤