Sunday, March 22, 2020

Resepi Senang Siakap Masam Manis

Assalamualaikum .

Hello =)

Hari ke-5 RM0 dan salah satu tugas isteri yang wajib bila dirumah mestilah sediakan makanan untuk keluarga . Fiza tak makan ikan siakap ni tau, husband dan adik je la yang suka. Tapi walaupun fiza tak makan, bukan bermaksud fiza tak pandai nak masak masakan siakap ni ya. heee. btw, fiza takut nak pegang ikan besar so untuk basuh dan letak garam kunyi semua adik buat. Tatau kenapa memang dari kecik fiza takut nak pegang ikan besar. Siakap ni paling sedap bagi fiza masak 3 rasa atau masam manis je sebab kuah dia boleh combine makan dengan lauk lain macam ayam goreng atau telur goreng. 

Ok entry ni fiza nak share resepi masakan Siakap masak masam manis ni versi fiza. Senang je!




Bahan Tumis (hiris halus atau guna chopper) :

sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1/2 inci halia
paste cili kering (sukatan ikut banyak mana nak kuah tu)

Bahan lain :

Ikan siakap 2 ekor (lumur dengan kunyit dan garam)
1 biji bawang besar dihiris bulat
5 helai daun limau purut
bunga kobis (nak tukar sayur lain atau taknak sayur pun OK)
cili merah (dihiris)
sos tiram
sos cili
kicap pekat (optional -fiza suka warna kuah tu gelap sikit)
garam secukup rasa
gula secukup rasa (nak bagi ada rasa manis sikit)
sedikit ajinamoto
sedikit hirisan lemon (untuk hiasan jee)

Cara Masak :

1. Goreng ikan siakap yang dah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga garing.
2. Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bahan untuk tumis -tumis hingga naik bau
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap . Kacau
4. Masukkan daun limau purut dan bunga kobis. Kacau
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan last sekali masukkan bawang besar dan cili merah.
6. Bila dah cukup semua rasa, curahkan atas ikan siakap yang dah siap goreng tadi. Hiaskan dengan lemon.

Done! boleh makan dengan gembiranya bersama keluarga tersayang :)



2 comments:

  1. Fuyoooo kemain mengancam dan sedap menu dia ek...mengoda betul...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤