Tuesday, April 14, 2020

Kena Soal Dalam Sekatan Jalanraya!

Assalamualaikum .

Hello =)

Perintah Kawalan Pergerakan tahap 2 sepatutnya berakhir hari ini 14/04/2020 , tapi demi menjaga keselamatan semua, ianya di sambung lagi hingga 28 April . Fiza sokong 100% keputusan kerajaan ni!
Hari ni jadual fiza bertugas di Pejabat dan macam biasa kalau kerja, jam 6 pagi dah bangun untuk bersiap. Laluan ke pejabat memang akan bertembung dengan roadblok cuma cerita hari ni lain sikit dengan Encik Polis ni .

Fiza lalu jalan lain hari ni dan memang akan jumpa roadblock jugak . Fiza ni macam biasa la kalau roadblock memang jadi berdebar, darah gemuruh walaupun takde buat salah apa😂
sampai je turn fiza, buka mask muka dan siap buka tingkap standby dengan pas khas keje musim PKP :-

Polis : nak pegi mana puan
Me : bertugas cik (polis lelaki, tapi mmg biasa aku gelar dgn cik kalau polis).
polis : keje kat mana ni? (suara garang dah)
Me : K***** Kajang cik
Polis : Ye ke ni nak pegi keje Kajang, IC kelantan 03 ni (eh tiba-tiba polis tu keluar slang klate)
Me : err err betul cik saya duk sini kijo kaje (Keluar terus slang klate iols) - time ni berdebar giler takut polis suruh patah balik sebab tak pernah kena soal kat roadblock.

Tiba-tiba polis tu gelak, bukak mask dia . Coiiiiii, member sekolah rupanya. Adududu . Buat hal laa! Hahahaha. Sebelum gerak sempat wish kat member tu selamat bertugas . Kawan fiza yang sorang ni dari zaman sekolah rendah sampai la sekolah menengah dulu memang terkenal dengan perangai dia suka sakat kawan-kawan lepas tu suka buat lawak.

Lepas ni kalau jumpa roadblock taknak bukak lah mask, boleh tak? haha


3 comments:

  1. Kakakakakah suspen jee baca hahahaha esok-esok jangan plak jumpa ex boifren, baik jangan bukak mask tu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha noooo, lepas ni taknak bukak mask dah.hikhik

      Delete
  2. yakkkkk jejak kasih tgh jalan plokkkk hahahha

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤