Tuesday, April 14, 2020

Resepi Mee Kuah Kelantan

Assalamualaikum .

Hello =)

Perasan tak sejak arahan PKP ni dilaksanakan, banyak perkara yang kadang-kadang tidak kita jangka berlaku dan kebanyakkannya perkara positif terutama dalam hal keluarga. Contoh paling nampak - sekarang tugasan beli barang dapur dan sediakan barang keperluan untuk keluarga dah jadi tugas WAJIB bagi para suami sebab dah menjadi arahan kerajaan yang mana hanya Ketua Keluarga yang boleh keluar rumah. Di pasaraya dah tak kelihatan isteri yang dengan anak-anak kecik susah payah tolak troli penuh barang untuk beli barang dapur. Tu antara HIKMAH PKP ni :) 

Ok untuk entry ni fiza nak kongsi dengan korang menu dari Kelantan iaitu Mee Kuah (Slang kelantan sebut Mee Kuoh) . Nampak macam Mee sup kan tapi di kelantan kami tak panggil mee sup ya. Kalau yang jenis berkuah ni di kelantan ada tiga jenis yang berbeza nama menu iaitu Mee Sup, Mee Celup dan Mee Kuah . ketiga-tiga ni nampak sama tapi lain. Dan yang surprisenya, menu dan resepi ni hasil air tangan husband fiza . Fiza tak sihat hari tu, tengah tido tiba-tiba hidung terbau wangi masakan, Terus bangun jengah dapur tengok-tengok husband duk tung tang tung tang kat dapur .Haha! Ni la dia antara hikmah PKP, sebelum ni fiza tak tau pun husband fiza pandai masak =)


Nak buat Mee Kuah ni sangat lah senang dan tak guna banyak bahan pun.





Bahan :-
(Untuk 2-3 orang makan)

Sedikit Minyak Masak
4 Ulas Bawang Merah - Dihiris
6 Ulas Bawang Putih - Dihiris
2 Tangkai Cili Padi - Dihiris
1/2 Bungkus Mee Kuning
Daging (Ikut suka banyak mana) - Hiris halus
Air - Agak sendiri nak kuah banyak mana
Sayur Kangkung
Garam
Ajinamoto (Optional)
Hirisan limau nipis
Serbuk lada putih

Cara Masak :-

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau
2. Masukkan air dan daging
3. Bila daging dah empuk, masukkan mee (basuh dlu mee tu) dan kangkung
4. Masukkan garam dan ajinamoto
5. Siap! hidang dalam mangkuk dan perah limau nipis tu untuk rasa masam.

Kalau suka lada putih, tambah sekali. fiza tak suka sebab tu tak letak hee.


Senang sangat kan, 5 steps dah siap mee kuah kelantan =)
Selamat mencuba!

3 comments:

  1. huwaaaaa sama macam ma kak sue buat,rindu maaaaa huhuuuu

    ReplyDelete
  2. sebut je psl resepi kelantan confirm meleleh air liur...cikguzim follow sini ya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Fiza. Wah untung husband masakkan hari tu ek... simple je rupanya nak buat mee kuoh ni... simple tapi nampak sgt menyelerakan... done follow #951

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤