Sunday, November 29, 2020

Ridel Boutique Hotel , Hotel Terbaik Di Wakaf Che Yeh Kelantan!

 Assalamualaikum.

Hello =)

Lamanya rasa terperuk kat rumah. Rindu nak travel, nak berjalan. Paling rindu nak balik kampung fiza di Kelantan. Bila habis je PKPB ni, tempat pertama fiza nak tuju ialah Kelantan. Macam-macam yang fiza rindu kat Kelantan ni, family of course yang paling rindu dan tak sabar nak jumpa. Selain tu rindunya nak makan makanan kat sana, rindu nak berjalan ke semua tempat menarik di Kelantan. Ahh Rindu semua!

Korang yang pernah sampai ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni mesti tahu kan disini banyak destinasi menarik dan popular serta 'syurga' untuk mereka yang kaki shopping dan suka makan. Paling terkenal ialah di Wakaf Che Yeh, kawasan yang mengumpulkan pelbagai jenis gerai barang jualan dan makanan yang terletak di Kota Bharu. Wakaf Che Yeh ni bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat tempatan tetapi juga di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Fiza pun kalau pegi je Kota Bharu mesti akan singgah di sini untuk shopping macam-macam! Gerai-gerai jualan di Wakaf Che Yeh ni buka lewat petang dan kemeriahan dia paling kemuncak bila waktu malam, so korang kalau nak datang sini fiza cadangkan untuk datang malam dan menginap je di hotel sekitar Wakaf Che Yeh ni. 

Untuk menyenangkan korang fiza suggest korang menginap je di Ridel Boutique Hotel yang juga terletak di Wakaf Che Yeh, hotel yang dalam kategori bajet tetapi services terbaik. Korang boleh jalan kaki je kalau nak ke gerai-gerai jualan tu dan memandangkan hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu jadi kalau nak melawat ke mana-mana tempat lain pun senang. Jarak hotel ni dengan airport Pengkalan Chepa pun cuma 15km je dan hanya 4km untuk ke Pusat Bandar Kota Bharu. Di sekitar hotel pula terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan makan traditional kelantan serta kemudahan lain yang senang untuk korang akses seperti Stesyen Minyak, Kedai 24 jam atau bank. Kalau korang first time nak datang ke Kelantan memang memudahkan urusan kalau duk RBH Hotel ni, semua dekat.


Kebiasaanya Wakaf Che Yeh ni lot parking memang banyak tapi bila peniaga nak mulakan jualan mereka, pengunjung yang parking di lot parking yang menghalang gerai kena alihkan kereta. So susah kan? Berbeza dengan Ridel Boutique Hotel, mereka mampunyai ruang parking sendiri yang terletak di hadapan hotel dengan bayaran cuma RM2/malam berbanding kawasan parking lain bayaran yang dikenakan RM5/malam.

Part parking tak payah fikir dah kalau menginap kat sini dan sekarang fiza nak tunjukkan macam mana rupa Ridel Boutique Hotel ni pulak,

Pintu masuk hotel

Ruang lobby untuk pendaftaran dan menunggu . Bersih dan kemas.

Comman area - hotel ni dua tingkat je so memang guna tangga untuk ke bilik. Keselamatan tangga pun terjaga jadi insyaAllah takde kes tergelincir ke apa ;) 

1. Standard Twin Room (Harga RM120.00/malam)




2. Standard Queen Room (Harga RM120.00/malam)




3. Deluxe Twin Room (Harga RM140.00/malam)




4. Deluxe Queen Room (Harga RM140.00/malam)




5. Suite Triple Room (Harga RM150.00/malam)




6. Suite Family Room (Harga RM190.00/malam)




Dan ini pula ruang bilik air,


Harga bilik sangat berbaloi dengan keadaan bilik yang disediakan. Untuk buat tempahan korang boleh hubungi pihak hotel terus melalui panggilan telefon atau Whatsapp

Info Lanjut :

Facebook : ridelboutiquehotel
Telefon :  09-7434888 / 019-9320773
Alamat : Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu 
Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 


No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤