Thursday, January 14, 2021

Bila Hati Terusik

 Assalamualaikum.


Entry pertama di tahun 2021 :) Entah kenapa dari hari ke hari mood nak menulis makin terhumban ke laut. Faktor usia mungkin. Tapi hari ni rasa nak kongsikan sesuatu bila terbaca satu quote ni dan rasa selesa pulak bila menaip di blog ni. Mungkin kerana fiza pernah alami perasaan tu jadi bila baca je quote tu rasa macam, ehh betul la macam yang aku pernah kena dulu . haa macam tu.

Korang pernah tak rapat dengan seseorang, like.. rapat yang boleh bercerita semua benda dan kita selesa dengan dia tapi sampai satu tahap entah di mana silap dia tiba-tiba menjauhkan diri. Buat kita macam orang asing dan kita pun terpinga-pinga bersoal jawab sendiri cari kat mana punca dan salah. Makin hari, jadi makin renggang dan bila berborak pun hanya hal yang penting je. Pasti ada yang pernah kan? 

Bila timbul situasi macam ni antara kita dengan 'orang yang kita anggap sahabat' tu memang pedih juga. Pedih sebab kita nak tanya takut timbul salah faham dan masalah jadi berpanjangan, bila diam dia jadi makan diri sebab dalam kepala macam-macam andaian datang. 

Bila berada dalam situasi macam ni apa yang fiza akan buat ialah.. cuba sedaya upaya untuk bersikap seperti biasa. Set kan dalam kepada yang berubah tu memang sifat dan lumrah manusia. Mungkin kita bukan yang terbaik untuk dia jadikan kawan, mungkin kita hanya diperlukan pada waktu-waktu tertentu sahaja, mungkin ada sikap kita yang buat dia terasa. Dan paling penting, ada sebab kenapa kita jumpa dengan seseorang dalam hidup kita, ada sebab juga kenapa Allah SWT jauhkan kita daripada dia. Memang payah nak pujuk hati ni untuk positive tapi percayalah, kalau kita tak 'paksa' hati kita untuk sentiasa fikir yang baik-baik je, kita juga yang akan tertekan nanti. Dan bila stress mula la macam-macam andaian negative yang datang nanti. 

Tenangkan hati dan kosongkan kepala , fikir balik buat apa nak stress tentang hal yang tak beri manfaat pada diri sendiri? kawan tu nak jauhkan diri, biarkan.. Kita stay positive dan fokus je pada hal lain yang lebih penting. Berkawan dengan orang yang ikhlas nak jadikan kita kawan walau dalam keadaan apa sekali pun dan jangan letakkan harapan yang tinggi pada seseorang. Bahagiakan diri dengan buat sesuatu yang kita happy. InsyaAllah jika dia adalah kawan yang baik yang Allah pilih untuk kita, sampai masa akan baik balik. Tu pun kalau korang boleh nak rapat balik la. kalau fiza, sekali orang dah buat fiza tanpa sebab, payah dah fiza nak terima dan rapat balik seperti sebelum tu. hee, susah tau bila deal dengan hati ni sebab hati kita lain-lain :) Fiza pulak jenis hati tisu, ingat senang ke nak pujuk hati kalau sekali dah terusik. hiks.



No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤