Friday, April 30, 2021

SHOPPING PERSIAPAN RAYA YANG MENJIMATKAN DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

 Assalamualaikum .

Hello =)


Tahun kedua raya tak boleh balik kampung. Sedih tu memang tak dinafikan tapi demi keselamatan semua, kena la redha =( Persiapan raya fiza dan keluarga tahun ni sama je macam tahun-tahun lepas cuma baju je la tak beli banyak. Kalau sebelum ni fiza memang bersesak sikit la masuk butik mana-mana untuk pilih baju tapi tahun ni lain sikit sebab persiapan raya kali ni fiza pilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari yang terletak di sri Serdang, Selangor.

Pusat Pakaian Hari-Hari ni bukan asing bagi fiza sebab kalau balik kampung fiza dan family suka masuk beli pakaian kat sini,senang semua ada dan paling penting harga dia murah. Masa fiza sampai yang outlet Sri Serdang ni orang tak ramai dan memang seronok la kami duk pilih baju raya, serius korang fiza rasa teruja pulak sebab kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni menjual banyak jugak jenis baju raya pelbagai peringkat umur untuk lelaki, perempuan, dan kanak-kanak. Saiz pun banyak dari umur bayi hingga la dewasa. Memandangkan sekarang musim Covid, maka SOP di kedai memang sangat terjaga.



Bila part noah untuk pilih baju raya, haa kemain excited dia, Semua warna nak sampai pening mama nak pilih .Haha. Tahun ni plan nak tema maroon tapi noah pulak nak warna blue, jenuh nak memujuk gitau warna maroon ni cantik . Nasib baik la noah memberikan kerjasama yang baik setiap kali nak try baju tu.




Nampak? kemain suka dia warna biru tu. Lepas tu pilih-pilih lagi, jumpa warna lain pulak,


Banyakk pilihan tapi kena stick dengan plan asal nak maroon jugak.hahaha. last-last fiza pilih kurta untuk noah, lawaa cutting dia dan harga pun dalam RM44 je. Murah! Gambar tak boleh tunjuk lagi, Surprise.heee.

Settle bab baju, part nak pilih sampin pulak. btw kat sini ada pelbagai jenis corak dan warna sampin untuk kanak-kanak, semua cantik-cantik sampai fiza berpinar mata nak pilih. 




Ngam pulak saiz ni dengan noah. Songkok tu pun elok pulak muat dengan noah. Apa yang fiza suka shopping dengan anak kat sini, kita tak perlu jalan jauh tau. Semua ada dalam kedai ni. Siap shopping kelengkapan noah, sampai turn fiza pulak nak memilih. 




Boleh teka tak fiza pilih yang mana? heee. Baju fiza harga cuma RM84 sahaja dan kualiti dia memang tip top! Total fiza habis shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni dalam RM250 je untuk baju raya fiza dan kelengkapan raya noah. Jimat banyak tau! 



Selesai shopping raya tahun ni. Pembelian melebihi RM200 fiza dapat free tote bag dan kalau korang buat pembelian lebih daripada RM100 akan dapat free gift sampul duit raya yang cute! Mungkin ada nak shopping dekat hari-hari tapi terbatas nak pergi sebab PKP kan? jangan risau sebab korang boleh je shopping online di ehari.com.my/ atau boleh beli di shopee . Senang je tak perlu nak bersesak, klik je dan bayar lepas tu tunggu je barang sampai. 

Info Lanjut :

Instagram : @harihariofficial
Facebook : hari.hari




No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤