Tuesday, October 26, 2021

Eleclean Disinfectant Device - Sanitizer Tanpa Alkohol & Bahan Kimia Berbahaya

 Assalamualaikum.

Holla!

Dalam keadaan wabak covid-19 yang sedang kita hadapi sekarang, sanitizer atau pembasmi kuman dan jadi salah satu keperluan dalam kehidupan seharian kan. Ke mana pergi pun wajib bawa untuk memastikan kebersihan dan terhindar daripada virus dan bakteria berbahaya yang boleh mengancam nyawa kita sekeluarga. Seperti mask muka, pembasmi kuman juga dah menjadi salah satu benda wajib dah.

Untuk memilih pembasmi kuman terbaik pula bagi fiza haruslah yang tiada alkohol dan chemical yang boleh memudaratkan kulit. Tambahan fiza ada anak kecil jadi pemilihan pembasmi kuman adalah penting untuk perlindungan yang selamat =) Di pasaran sekarang ada pelbagai jenis pembasmi kuman dan hasil duk survey tu fiza terjumpalah satu jenama pembasmi kuman yang bagus dan mempunyai ciri-ciri yang fiza cari dan paling teruja fiza boleh buat sendiri sanitizer untuk kegunaan keluarga. Best kan!

Fiza kenalkan dengan korang, ELECLEAN Disinfectant Device.


Apa itu Eleclean?

ELECLEAN merupakan produk yang dicipta oleh sekumpulan saintist Taiwan menggunakan teknologi elektrokimia inovatif eksklusif termaju dan pertama di dunia yang mana 100% menggunakan bahan mentah iaitu air, tanpa bahan tambahan seperti bahan kimia atau ubat pengawet. Dengan teknologi ini, molekul air dapat dielolisis menjadi reactive oxygen species (ROS) iaitu sanitizer dalam masa 15 minit sahaja! Teknologi ELECLEAN dapat menghapuskan sehingga 99.9% semua jenis bakteria dan virus, juga tidak beracun pada kulit dan selamat.

Dengan kata mudahnya, korang cuma perlu masukkan air dan Activated Carrier(disediakan sekali bersama produk) ke dalam peranti ni,  dan dalam masa 15 minit air tersebut akan menjadi sanitizer. 


Kenapa ELECLEAN Terbaik ?


Fiza dah guna produk ni dan kenapa fiza nak korang pun patut guna benda ni adalah,

1. Eleclean ni merupakan teknologi canggih pertama di dunia yang mampu menukar air menjadi sanitizer dan mempunyai lebih daripada 34 paten. Eleclean pula merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai Teknologi canggih ni.

Eleclean juga telah memenangi pelbagai award terbaik.

2. Sanitizer yang selamat, tidak memerlukan alkohol, tidak memerlukan bahan kimia, tanpa pengawet dan penstabil dalam menghasilkan sanitiser. Ini bermakna tiada toksik dan sisa kimia yang tertinggal pada kulit kita. Apa yang diperlukan hanyalah tuangkan air bersih, aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan sanitizer yang berkesan dan selamat digunakan siap!


3. Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia / World Health Organization (WHO) yang mana telah menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam usaha global menentang covid-19 . Sanitizer ELECLEAN juga berkesan membunuh 99.9% virus dan bakteria bahaya lain seperti H1N1, E.coli dan lain-lain. 

Sumber

4. Oleh kerana sanitizer ini dihasilkan tanpa bahan kimia dan alkohol maka ianya  sangat selamat digunakan pada kulit manusia, terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru lahir atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN  tidak merengsa dan tidak berbahaya pada kulit dan mata serta diluluskan SGS. Selain itu, ianya senang nak dibawa ke mana-mana sebab saiz dia kecil dan ringan.



5. Enviroment friendly!. 
ELECLEAN dikelaskan sebagai peralatan elektrik rumah yang boleh digunakan untuk bertahun-tahun. Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, korang boleh mengurangkan penggunaan botol dan ucapkan selamat tinggal kepada banyak disposal sanitizer. Duit pun jimat sebab tak perlu kerap beli sanitizer dah.

Untuk dapatkan ELECLEAN Disinfectant Device dengan lebih penjimatan sebanyak 15%, jangan lupa gunakan code FIZA15% 

Info lanjut :





No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤