Thursday, October 14, 2021

Tips ke Aquaria KLCC

 Assalamualaikum Korang!

Lamanya tak coret cerita baru kat sini, jari pun dah hilang lenggok nak menulis. Last update bulan April kot, dah hampir 6 bulan blog ni terbiar sepi :(

Banyak je cerita yang boleh dikongsikan tapi tulah 'aura' nak menulis tu rasa macam dah makin kurang. Selalu duk fikir "ada ke orang nak baca lagi cerita aku kat sini" . Sekarang ni fiza aktif kat instagram dan twitter, so korang kalau ada yang nak follow cari je nickname @fizafantagiro . Nanti jumpa la tu and InsyaAllah fiza akan follow balik . 

Fiza pernah rasa nak tutup je blog ni, bila dapat je emel untuk renew domain, rasa nak terminate je tapi selalu je datang perasaaan sayang sebab banyak yang fiza dah kongsikan disini sejak 2007 lagi. Walaupun mungkin penulisan fiza tu cuma 'syok sendiri' tapi bila baca balik boleh buat fiza tersenyum balik . Fiza betul-betul salute la mereka yang ada banyak idea dan masih aktif dengan blog personal ni. Teringin nak sedut sikit 'aura' dorang. 

Haishhh, korang! fiza kekok ni . Faham tak macam baru first time nak buka blog dulu dan rasa malu orang gelakkn gaya penulisan fiza. ahahah. drop giler rasa confident tu :(

Takpun macam nilah, fiza nak kongsi cerita weekend fiza dan family last week waktu kami ke Aquaria KLCC , ada gambar dan senang nak menulis.

Plan nak ke Aquaria ni fiza buat minggu sebelum tu lagi waktu gov umumkan yang negeri dalam lembah klang dah boleh rentas tapi sayangnya waktu tu Aquaria masih belum dibuka. Jadi hold kejap. Bila Jumaat lepas Aquaria dah umumkan pembukaan semula, fiza terus la survey harga tiket untuk famiy fiza dan family adik. 

Fiza beli tiket di wonderfly.asia . Kat situ tiket murah RM5 daripada beli kat kaunter dan untuk peringatan jugak, korang jangan terpedaya dengan harga tiket murah yang banyak dijual di shopee ya, fiza dah call sendiri pihak Aquaria dan mereka pun suggest untuk beli tiket online di wonderfly atau klook je, shopee banyak scammer jadi dorang tak galakkan beli tiket Aquaria di shopee (Tapi tahun 2019 dulu fiza beli di shopee dengan travel agent dan alhamdulillah OK)

Total tiket fiza beli tu RM330 . Harga tiket kanak-kanak RM35/person untuk 3 tiket dan dewasa RM45/person untuk 4 tiket. Takde caj lain dah. Harga ni waktu weekend ya, kalau korang pegi weekdays harga jadi lagi murah di wonderfly.asia 

Tips juga untuk korang yang nak bawa anak-anak ke sini, selain beli tiket online untuk jimat masa beratur lama di kaunter, korang datang la awal pagi untuk elakkan kesesakkan, jam 10.00  pagi dorang dah buka. Pihak Aquaria kata, peak hour mereka adalah bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 3.00 petang hari Sabtu Ahad. Jadi jangan datang time tu sebab memang sesak orang, atau kalau taknak datang pagi, datang lepas jam 3 petang.  Musim ni kita terpaksa dah hidup dengan covid, jadi WAJIB untuk jaga sop dan elakkan diri dari bersesak dengan ramai orang lagi-lagi bila nak happy happy dengan keluarga. 

Stay safe dan sama-sama kita jaga kita.

Suasana dalam Aquari ni memang menarik sangat dan comfirm budak-budak suka. Noah lagilah dia sukaa sebab dah banyak kali dia duk ajak tengok shark. Banyak hidupan laut yang 'rare' dan selalu kita tengok dalam tv atau buku je ada kat sini. Paling menarik bila masuk dalam terowong aquarium yang kita boleh nampak banyak ikan-ikan besar dalam tu. Excited tau walaupun dah banyak kali datang! Kalau kebetulan kita masuk tu time dorang bagi makan hidupan dalam aquarium tu makan, boleh la tengok. Korang boleh tengok jadual bagi makan ikan kat website Aquaria, nanti pilih waktu sesuai dan boleh la nampak petugas dalam tu berenang suapkan ikan-ikan makan. Fiza gerun tengok sebab dalam tu ada ikan jerung kan, tapi petugas yang bagi makan tu rileks je, siap lambai tanga lagi kat kita .hehe

oh btw, dalam tu agak panas jadi kalau bawa baby standby siap-siap kipas tangan.

Pengembaraan fiza dan keluarga dalam Aquaria ambil masa dalam sejam lebih je. last check point of course la kedai gift. Gift dia memang agak mahal berbanding kedai biasa dan nasib baik la noah cuma grab dua toys je yang harga RM15 satu. Tu kira paling murah dah tu (kalau kat diy boleh dapat dengan harga RM5 je satu) Banyak toys lain lagi tapi fiza cakap kat noah yang tu semua pameran je dan tak boleh beli. Taktik fiza berjaya bila noah cakap 'kita beli kedai lain lah mama, ni pakcik bagi tengok je' hiihihihi. Good Boy mama!


Tamat cerita Aquaria .Hiks. doakan fiza rajin nak update blog lagi lepas ni.

Kualiti gambar tak best sebab dalam tu lighting tak 'ons' dan fiza cuma snap guna kamera fon je.


No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤