Thursday, April 21, 2022

One Stop Portal Untuk Pengembara Masuk dan Keluar Malaysia Jalani Ujian RTK Covid-19 di eMedasia.com

Assalamualaikum

Hi!

Negara kita sekarang sudah beralih kepada fasa endemik selepas 2 tahun semua orang tertekan dengan ancaman daripada virus covid -19 yang sangat bahaya sehingga mampu meragut nyawa. Bila kerajaan dan umumkan peralihan fasa ni, kita dah boleh menarik nafas lega sebab banyak kelonggaran diberikan. Walaupun sudah beralih kepada fasa endemic, kita masih disarankan untuk sentiasa menjaga SOP dengan ketat bagi mengelakkan penyebaran virus ini dan memutuskan rantaian jangkitan.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan persekitaran kita sentiasa sihat dan terhindar daripada virus covid-19. Macam mana nak jalankan tanggungjawab ni? senang je, jika korang rasa tak sihat dan mempunyai gejala covid 19 seperti batuk, selesema dan demam elakkan daripada berada di tempat ramai orang, jarakkan diri daripada orang sekeliling dan duduk je kat rumah. Sebaiknya dapatkan rawatan segera di klinik sebab yang paling penting bila kita bergelaja ni ialah kena pastikan yang kita bebas daripada dijangkiti virus covid-19.

Keperluan untuk membuat swab test covid 19 ini bukan hanya tertumpu kepada mereka yang bergejala sahaja, tetapi juga kepada pengembara yang ingin keluar atau masuk ke mana-mana negeri atau negara. Ini adalah penting untuk seseorang itu dapat memastikan yang mereka benar-benar sihat untuk travel ke mana-mana. Menarik dalam perkongsian kali ni, fiza nak kenalkan korang satu platform untuk memudahkan pengembara atau penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan ujian swab test di mana-mana klinik berdaftar dengan hanya membuat tempahan secara atas talian iaitu di www.emedasia.com . Platform ini boleh dikatakan ‘one stop portal’ bagi pilihan klinik di Malaysia yang berdaftar dengan KKM untuk menjalani swab test Covid-19.


Tempah Swab test Covid-19 RTK Antigen di eMedasia.com 


eMedAsia dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA), sebuah wadah pelaburan untuk ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). MMA pula merupakan badan perwakilan utama bagi pengamal perubatan berdaftar di Malaysia dan  kira-kira 2,500 Pengamal Am (GP) yang diiktiraf KKM di seluruh negara berdaftar di emedasia.com

 

Dengan adanya one stop portal ini, Pengembaran yang masuk ke negara (Inbound travellers) boleh berhubung dengan lebih 2,500 klinik swasta berdaftar di bawah eMedAsia yang mempunyai ciri geofencing dan mencari klinik berdekatan atau menempah Virtual Covid Screening melalui emedasia.com atau muat turun aplikasi CLEADOC.

Cara ini menjadi kemudahan penting untuk pengembara kerana mereka tidak perlu berkumpul di satu-satu lokasi yang berpotensi mencetuskan kluster baharu.

Sementara itu, pengembara keluar Malaysia pula boleh menempah kedua-dua ujian RTK-Ag dan PCR secara terus melalui eMedAsia.com atau travellers. eMedAsia.com sebelum tarikh perjalanan mereka bergantung pada keperluan di negara destinasi atau syarikat penerbangan tertentu.

 

Perkhidmatan dan Produk yang disediakan di eMedAsia.com



Perkhidmatan yang ditawarkan melalui kira-kira 2,500 GP yang diiktiraf KKM di seluruh negara di platform ini adalah seperti,

1) Ujian RTK-Ag profesional dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera

2) Ujian PCR dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera

3) Ujian Saringan Covid Maya (Virtual) dengan kerjasama CLEADOC

  -Tidak perlu ke klinik atau hospital

        - Ujian RTK atau PCR boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut keselesaan sendiri.

  - Keputusan disahkan oleh doktor perubatan & dikemaskini terus ke MySejahtera

4) Ujian darah & diagnostik

5) Insurans Covid (akan datang pada akhir April)

 

Kelebihan tempahan di eMedAsia.com untuk pengembara yang masuk ke Malaysia:


1) Boleh melangkau barisan ujian Lapangan Terbang dengan membuat pra-tempahan dalam talian untuk Ujian RTK Semasa Ketibaan melalui MySafeTravel.gov.my

2) Minimumkan risiko pendedahan COVID-19 semasa beratur

3) Perkhidmatan mampu milik dan tidak membebankan pengembara

4) Kemas kini terus MySejahtera oleh doktor/klinik perubatan

7) Doktor perubatan berdaftar yang boleh dipercayai dan diiktiraf dan diluluskan oleh KKM & KOOP MMA

 


Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan bagi ujian RTK-Ag profesional yangdilakukan di klinik iaitu RM90 untuk bukan warganegara Malaysia dan RM70 bagi warganegara Malaysia.

Untuk info lanjut korang boleh klik link dibawah.

Emedasia.com - untuk tempahan ujian RTK di klinik atau secara maya. Ini adalah laman web utama di mana korang boleh dapatkan maklumat untuk semua perkhidmatan yang disediakan.

Traveller.emedasia.com - untuk menempah ujian RTK di klinik 

MySafeTravel.gov.my - Senarai semak untuk pelancong dari luar yang masuk



No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤