Thursday, December 29, 2022

TIPS MEMBELI RUMAH PERTAMA

 Assalamualikum. 

Hi korang.

Lama ya fiza tak bersiaran di sini, setiap kali pembuka bicara mesti ayat ni jelah guna.hee . Hari ni fiza tiba-tiba datang ilham nak berkongsi dengan pembaca blog ni tentang tips kalau nak beli rumah, maksudnya pertama kali nak beli rumah dan nak duduk, bukan untuk pelaburan . Apa proses yang perlu dibuat dan kos-kos yang perlu di ambil kira. Fiza bukanlah pakar dalam bidang hartanah, tetapi cuma nak berkongsi pengalaman fiza dulu. Proses dia tak mudah dan taklah terlalu rumit cuma banyak yang perlu kita buat dan kena bersedia dengan duit untuk macam-macam kegunaan. 

Impian untuk memiliki kediaman sendiri ni pasti semua orang ada, begitu juga fiza dan suami dulu dan alhamdulillah selepas melalui pelbagai situasi 'suka dan duka' impian kami Allah makbulkan. 

Rezeki noah juga :)


1. Mempunyai Sumber Pendapatan Tetap

Ada sumber pendapatan yang tetap dan kukuh sangat penting kalau korang mula pasang niat untuk beli rumah pertama. Fiza ceritakan pengalaman fiza sendiri, waktu mula fiza pasang impian untuk memilik rumah sendiri dulu, fiza dah buat kira-kira berapa gaji terkini setelah ditolak dengan komitment bulanan dan perbelanjaan harian. Ini penting untuk nak elakkan rasa terbeban bila bertambah komitment potongan rumah setiap bulan nanti. Untuk nak buat pinjaman pun pihak bank akan pastikan kewangan kita kukuh dan kalau pendapatan setiap bulan tu tetap, lagi mudah untuk pinjaman rumah kita tu lulus.

Untuk pekerja kerajaan dan buat pinjaman LPPSA, pihak LPPSA akan buat pengiraan mengikut gaji kasar kita yang mana mengikut kiraan potongan bulanan tak boleh lebih dari 50% gaji bulanan kita. Korang juga boleh buat pengiraan kasar bayaran balik pinjaman disini.



2.  Pilih Rumah Yang Sesuai dan Mampu Milik

Membuat pilihan rumah yang sesuai sangat penting demi keselesaan keluarga dan tidak membebankan dari segi bayaran. Ya lah, memang kalau ikutkan kita semua nak rumah yang besar dan mewah tapi perlu diingat, mampu atau tidak nak bayar setiap bulan tu. Buat pengiraan betul-betul mengikut kemampuan kita.  Untuk penjawat awam, korang ada pilihan untuk beli rumah penjawat awam yang mana harganya  lebih murah berbanding harga rumah biasa. Kalau macam fiza yang tinggal di kawasan Putrajaya ni, pilihan rumah pertama untuk penjawat awam memang banyak, pilih dan pastikan mengikut keadaan kewangan masing-masing.

Fiza bagi contoh :

Pendapatan isi rumah RM6000 , beli rumah yang bayaran bulanan bawah RM2000 atau nak selamat yang dalam RM1500 sebulan. 

Rujuk : Pengiraan Kewangan



3.  Buat Simpanan Untuk Deposit dan Kos Masuk Rumah


Kalau masih belum ada simpanan sila lah mula buat sekarang! Untuk proses beli rumah ni memang sangat memerlukan kita ada duit 'ditangan' untuk kegunaan bayaran deposit, kos peguam, bayaran insurans lain-lain kos. Kalau beli rumah jenis apartment atau kondo pulak, bersedia la dengan duit bayaran selenggara dan bayaran strata. 

4.  Lokasi Hartanah


Pemilihan lokasi juga menjadi salah satu element penting dalam tips membeli rumah pertama. Sebaiknya pilih tempat yang menjadi tumpuan dan berdekatan dengan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, atau berdekatan dengan tempat kerja untuk nak jimat kos pengangkutan kita seperti duit minyak dan tol. Pilih lokasi terbaik ni sebab mana tahu pada masa akan datang nak beli rumah lagi besar ke, jadi senang nak jual dan harga pun tinggi kalau lokasi dia adalah tempat tumpuan. 



5.  Semak Status CCRIS atau CTOS


Sebelum buat pinjaman perumahan kena pastikan dahulu tiada tertunggak dengan sebarang hutang seperti bayaran kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya yang berkaitan dengan bank. 

6.  Gunakan Khidmat Ejen Hartanah


Pastikan pilih ejen hartanah yang berdaftar untuk elakkan ditipu ya!. Menggunakan khidmat ejen hartanah ni adalah digalakkan sebab kita kan pertama kali nak beli rumah dan sudah tentu ilmu mengenai hartanah ni cetek. Ejen hartanah boleh tahu tentang potensi hartanah di masa hadapan dan mereka yang akan dedahkan kepada kita apa sahaja maklumat berkaitan hartanah yang kita berminat. Ejen hartanah juga biasanya akan banyak membantu kita dalam urusan mendapatkan pinjaman perumahan.




7.  Teliti Dengan Dokumen Perumahan


Beli rumah ni bukan seperti kita beli kereta atau barang keperluan lain, risikonya sangat besar dan sekali silap langkah, bertahun la menyesal. Oleh itu, sebagai pembeli perlu teliti dalam segala dokumen berkaitan jual-beli rumah ni. Baca setiap helaian surat tawaran dan pastikan faham betul-betul sebelum menurunkan tandatangan pada apa sahaja dokumen perjanjian. 

Secara keseluruhannya, apa sahaja tips yang korang baca, paling utama adalah buat pengiraan kewangan sendiri dahulu. Sekiranya mampu, boleh teruskan untuk beli rumah dan kalau masih mempunyai banyak komitment lain, selesaikan dahulu. Cepat atau lambat impian untuk memilik rumah idaman pasti termakbul :)




No comments:

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤