Monday, March 13, 2023

Uji Minda Dengan Permainan Menyeronokkan di Mortgage Calculator

 Assalamualaikum 

Hi Korang!

 

Kadang-kadang fiza ni ada jugak masa bosan dan kepala ni nak relaks dari buat apa-apa kerja. Bila ada perasaan macam ni, apa yang fiza buat ialah fiza main game. Main game memang menyeronokkan dan boleh hilang kejap stress dalam kepala ni. Pilihan game fiza of course la yang santai-santai dan jenis game yang menguji minda . Seronok, boleh uji sikit minda ni masih aktif berfikir ke tak.haha.

Ok, korang nak tahu tahu ke game apa yang fiza suka main? Game ni best dan boleh akses secara atas talian je, paling menyeronokkan kalau korang jenis yang sukakan matematik dan duit! Game yang fiza maksudkan ni ialah Money Games


Game ni tak melibatkan pembabitan perkara haram ya, haa jangan salah faham pulak. Ianya website game yang menguji minda kita dalam kira-kira (matematik) dan sangat bagus juga sebenarnya untuk di dedahkan kepada anak-anak kita . Yelah daripada anak-anak kusyuk dengan game yang melalaikan, baik bagi mereka fokus dengan permainan berilmiah macam ni.

Fiza dah explorer dah website Money Games ni dah ada banyak jenis games disediakan untuk kita cuba dan uji minda dengan permainan dia. Sangat menyeronokkan! fiza nak kongsikan dengan korang antara game yang menarik perhatian fiza untuk cuba iaitu ,


Cash Back



Games ni senang je tapi kena cepat sebab dia ada garis masa untuk korang jawab dalam masa yang ditetapkan. Korang cuma perlu pulangkan baki kepada pelanggan mengikut amount yang korang kena kira sendiri lah, haa tu la permainan dia. Sangatlah matematik kan , hihi. Sebelum mulakan permainan, kita boleh pilih nak mode easy, medium, hard. Ralit jugak tau main game ni




Grocery Cashier




Games ni sangat sesuai untuk parents yang nak dedahkan anak-anak dengan cara pengiraan tambah dan tolak yang sangat mudah menggunakan mesin bayaran maya. Untuk game ni, setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang berlainan, makin lama kita bermain, barangan akan meningkat dan tempoh masa untuk setiap pelanggan juga akan makin pendek. 





Korang try lah! mesti anak-anak seronok mengira nanti :)

Treze Coins




Game ni pun senang je dan anak-anak pun mesti seronok main dia. Ianya adalah permainan tambah wang dalam mesin gula-gula untuk dapatkan gula-gula dalam mesin. Nanti akan dipaparkan jumlah coin yang perlu dimasukkan ke dalam mesin dan kita cuma perlu betul buat pengiraan coin tu. Ehhh terjebak la pulak fiza main game ni .hahaha




Kalau anak korang tak suka nak main permainan jenis mengira ni, jangan risau di website Money Games ni ada banyak lagi jenis permainan lain yang mneyeronokkan dan fiza pasti anak korang akan suka dan fokus dengan permainan tu nanti .

Tengok, game LEGO pun hado tauuu,



LEGO ni terlalu boy kan? jangan risau game untuk girl pun ada, 




Boleh la anak main buat pizza, seronok sebab game ni kita kena sediakan pizza dengan cepat mengikut permintaan pelanggan. 

Fiza nak kongsikan dekat sini rasanya banyak sangat, korang kalau nak tengok apa lagi jenis permainan menguji minda yang ada di Money Games ni korang terjah je website tu okay!


Selamat main games korang!






Wednesday, January 11, 2023

Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR)

 Assalamualaikum

Hi!


Sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baru persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.



Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%[1], Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar[2]. Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan.


Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang berisiko[3].


Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah, seterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang pendapatan[4]. Kunci dalam mengurangkan ketidaksamaan pendapatan masyarakat dapat dicapai menerusi galakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan (vulnerable) ini.




Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.


Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.



Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain. 


Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.

TOP baru-baru ini memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus[5] dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.


Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.


Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria[6] secara berkesan. Formulasi pelbagai teknologi yang khusus ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder Scent), iaitu wangian khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meningkatkan mood si pemakai.


TOP bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.


“Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko. Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka. Kami amat menghargai kerjasama MYDIN dalam menjayakan kempen ini,” kata Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.


Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.



“Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah,” tambah Cik Carmen Foo.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk TOP dan kempennya, sila layari laman http://www.southernlion.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800-880-133. 




Thursday, December 29, 2022

TIPS MEMBELI RUMAH PERTAMA

 Assalamualikum. 

Hi korang.

Lama ya fiza tak bersiaran di sini, setiap kali pembuka bicara mesti ayat ni jelah guna.hee . Hari ni fiza tiba-tiba datang ilham nak berkongsi dengan pembaca blog ni tentang tips kalau nak beli rumah, maksudnya pertama kali nak beli rumah dan nak duduk, bukan untuk pelaburan . Apa proses yang perlu dibuat dan kos-kos yang perlu di ambil kira. Fiza bukanlah pakar dalam bidang hartanah, tetapi cuma nak berkongsi pengalaman fiza dulu. Proses dia tak mudah dan taklah terlalu rumit cuma banyak yang perlu kita buat dan kena bersedia dengan duit untuk macam-macam kegunaan. 

Impian untuk memiliki kediaman sendiri ni pasti semua orang ada, begitu juga fiza dan suami dulu dan alhamdulillah selepas melalui pelbagai situasi 'suka dan duka' impian kami Allah makbulkan. 

Rezeki noah juga :)


1. Mempunyai Sumber Pendapatan Tetap

Ada sumber pendapatan yang tetap dan kukuh sangat penting kalau korang mula pasang niat untuk beli rumah pertama. Fiza ceritakan pengalaman fiza sendiri, waktu mula fiza pasang impian untuk memilik rumah sendiri dulu, fiza dah buat kira-kira berapa gaji terkini setelah ditolak dengan komitment bulanan dan perbelanjaan harian. Ini penting untuk nak elakkan rasa terbeban bila bertambah komitment potongan rumah setiap bulan nanti. Untuk nak buat pinjaman pun pihak bank akan pastikan kewangan kita kukuh dan kalau pendapatan setiap bulan tu tetap, lagi mudah untuk pinjaman rumah kita tu lulus.

Untuk pekerja kerajaan dan buat pinjaman LPPSA, pihak LPPSA akan buat pengiraan mengikut gaji kasar kita yang mana mengikut kiraan potongan bulanan tak boleh lebih dari 50% gaji bulanan kita. Korang juga boleh buat pengiraan kasar bayaran balik pinjaman disini.



2.  Pilih Rumah Yang Sesuai dan Mampu Milik

Membuat pilihan rumah yang sesuai sangat penting demi keselesaan keluarga dan tidak membebankan dari segi bayaran. Ya lah, memang kalau ikutkan kita semua nak rumah yang besar dan mewah tapi perlu diingat, mampu atau tidak nak bayar setiap bulan tu. Buat pengiraan betul-betul mengikut kemampuan kita.  Untuk penjawat awam, korang ada pilihan untuk beli rumah penjawat awam yang mana harganya  lebih murah berbanding harga rumah biasa. Kalau macam fiza yang tinggal di kawasan Putrajaya ni, pilihan rumah pertama untuk penjawat awam memang banyak, pilih dan pastikan mengikut keadaan kewangan masing-masing.

Fiza bagi contoh :

Pendapatan isi rumah RM6000 , beli rumah yang bayaran bulanan bawah RM2000 atau nak selamat yang dalam RM1500 sebulan. 

Rujuk : Pengiraan Kewangan



3.  Buat Simpanan Untuk Deposit dan Kos Masuk Rumah


Kalau masih belum ada simpanan sila lah mula buat sekarang! Untuk proses beli rumah ni memang sangat memerlukan kita ada duit 'ditangan' untuk kegunaan bayaran deposit, kos peguam, bayaran insurans lain-lain kos. Kalau beli rumah jenis apartment atau kondo pulak, bersedia la dengan duit bayaran selenggara dan bayaran strata. 

4.  Lokasi Hartanah


Pemilihan lokasi juga menjadi salah satu element penting dalam tips membeli rumah pertama. Sebaiknya pilih tempat yang menjadi tumpuan dan berdekatan dengan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, atau berdekatan dengan tempat kerja untuk nak jimat kos pengangkutan kita seperti duit minyak dan tol. Pilih lokasi terbaik ni sebab mana tahu pada masa akan datang nak beli rumah lagi besar ke, jadi senang nak jual dan harga pun tinggi kalau lokasi dia adalah tempat tumpuan. 



5.  Semak Status CCRIS atau CTOS


Sebelum buat pinjaman perumahan kena pastikan dahulu tiada tertunggak dengan sebarang hutang seperti bayaran kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya yang berkaitan dengan bank. 

6.  Gunakan Khidmat Ejen Hartanah


Pastikan pilih ejen hartanah yang berdaftar untuk elakkan ditipu ya!. Menggunakan khidmat ejen hartanah ni adalah digalakkan sebab kita kan pertama kali nak beli rumah dan sudah tentu ilmu mengenai hartanah ni cetek. Ejen hartanah boleh tahu tentang potensi hartanah di masa hadapan dan mereka yang akan dedahkan kepada kita apa sahaja maklumat berkaitan hartanah yang kita berminat. Ejen hartanah juga biasanya akan banyak membantu kita dalam urusan mendapatkan pinjaman perumahan.




7.  Teliti Dengan Dokumen Perumahan


Beli rumah ni bukan seperti kita beli kereta atau barang keperluan lain, risikonya sangat besar dan sekali silap langkah, bertahun la menyesal. Oleh itu, sebagai pembeli perlu teliti dalam segala dokumen berkaitan jual-beli rumah ni. Baca setiap helaian surat tawaran dan pastikan faham betul-betul sebelum menurunkan tandatangan pada apa sahaja dokumen perjanjian. 

Secara keseluruhannya, apa sahaja tips yang korang baca, paling utama adalah buat pengiraan kewangan sendiri dahulu. Sekiranya mampu, boleh teruskan untuk beli rumah dan kalau masih mempunyai banyak komitment lain, selesaikan dahulu. Cepat atau lambat impian untuk memilik rumah idaman pasti termakbul :)